manusia kata:



soalan periksa minda:elok atau tidak bila seseorang manusia tu berkata busuk tentang keluarganya sendiri?

:yang pasti tidak.
itu ibarat meludah ke langit.
cuba fikir sekejap bila ludah ke langit apa jadinya?

ya, ya.
jatuh ke kita semula.
tulah yang aku cuba jadikan pegangan hidup.
susah sebenarnya, tapi percayakan hati bahawa aib seseorang itu tidak perlu dihebohkan.

macam pakcik muda cakap:
kalau kita jaga aib orang, Allah akan jaga aib kita sekali.

jadinya, rasalah beruntung bila kita jaga aib sesiapa pun.
jaga mulut, jaga hati, jaga diri.

jangan terlalu ikut nafsu.
walaupun selalu orang cakap percaya kata hati.
cuba sesekali guna akal yang hanya manusia sahaja ada.
tidak pada binatang atau makhluk lain.
bertuahnya manusia ini sebenarnya.



(ilusi:lagu adira yang aku tengah dengar menggoyangkan ku. begitu asyik sekali.haha)

Comments

Popular Posts