cinta lagi




ia datang dan pergi.
kita tak tahu ia datang dengan apa.
touch n go kah?
smart tag kah?

kita sendiri confuse bila dia datang.
mahu apakah dia?
wang?
kepercayaan?
kasih sayang?
cinta?
kehormatan?
darjat?
keturunan?
balas dendam?

semuanya berbeza.
jelas sekali bak orang-orang tua selalu cakap:
mula-mula bercinta memang manis.
bayangkan, kentut yang busuk berbau petai dan sebagainya pun dikatakan wangi?
tanda apkah itu?

itulah CINTA
ia fitrah manusia.
ingin rasa di cintai dan mencintai.

hanya yang pernah melaluinya akan tahu apa intipatinya.
benarkah?

nak tahu?
bercintalah.
ia tak mengenal usia.
ia juga tak tahu erti penat dan semput:
maksudnya, bila orang yang disukai tidak memberi respond baik, dia akan berusaha sehinga mereka benar-benar jatuh cinta,
tidak ada siapa tahu apa rasa cinta yang kita alami dengan si dia, kerana ia rahsia 'kita'.

kadang-kadang ia rasa pahit, gembira, duka, ketawa, air mata dan sebagainya.
tapi, setiap manusia pasti mempunyai definasi CINTA yang berbeza-beza.
tak mungkin sama!
kerana ia bukannya spesifik!
ia tiada batas, terutamanya cintakan ALLAH.
ya, dia yang memberi kita rasa cinta itu, seharusnya kita terlebih dahulu mencintai dia.



ayah cakap:

cintalah kepada ALLAH, kerana dia:
tidak akan lenyap
ia kekal selamanya
ia tidak menjanjikan apa-apa yang tak pasti
bila kita harapkan dia, dia tak mungkin kecewakan kita.
jika sesuatu yang kita minta itu tak menjadi, ia sebenarnya ada hikmah di sebaliknya.
dia telah merancang yang lebih terbaik untuk kita.


(percaya bahawa ALLAH pasti ada bila kita perlukan dia, dia tidak pernah lupakan kita, tetapi sebaliknya. kita selalu alpa pada dia)

Comments

Popular Posts