kenapa?

kenapa setiap langkah aku mesti ada dia?
kadang-kadang aku rasa dia baik, kadang-kadang aku rasa macam dia punya agenda sendiri.
kadang-kadang aku rasa dia tak perlukan aku pun.
tapi kenapa kadang-kadang aku gembira dengan dia.
ada banyak kata-katanya melukakan aku.
memanglah setiap manusia tidak sempurna, tapi aku terlalu lama menyimpan kecewa dengan segala yang dia buat melukakan aku.
siapa dia untuk melukakan aku?
siapa dia untuk mengecewakan aku.
apa yang aku mampu buat hanyalah mendoakan agar dia berubah.
bukan dia diciptakan jadi jahat, cuma ..entahlah aku tak pasti.
kepada kau, aku berharap kau berubah.
aku pun bukanlah baik sangat nak tegur kau. maaf andai ada hati yang terasa.
ini semua buat pengajaran ramai.
tiada manusia yang di ciptakan untuk memusnahkan manusia kecuali dajal.
aku hanya mampu memujuk hati aku apabila setiap kali dia menyakitiku.
perasan aku, sudah lama kami bersama, tapi dia seperti tidak mengenali aku.
panjang perjalanan yang kami dah lakarkan bersama, namun dia bagaikan berjalan bersama ku hanya kerana ada kepentingan sendiri.
atau hanya aku yang cemburu dengan kehadirnnya dalam segala urusanku.
yang pasti, aku selalu berusaha menuruti segala kemahuannya, sedangkan dia..


(tiada siapa yang tahu siapa dia melainkan aku)

Comments

Popular Posts