raya-raya-raya



orang kata Aidilfitri itu adalah kemenangan bagi umat islam setelah sebulan berpuasa,

bagi aku pula, ia adalah masa terindah kerana ketika itulah semua ahli keluarga dapat berkumpul meraikannya.
seperti biasa kami akan bertungkus lumus di dapur dan mengemas rumah sehabis baik.
raya kemas punya pasal, satu hari aku tak sempat nak mandi.
boleh kira macam kerbau lah.haha
tapi...
aku puas hati, dapat tolong ibu kemas rumah.
nampak lah rumah tuh macam rumah baru.
malam raya, kanak-kanak ribena lah yang paling gembira.
diaorang punya semangat dapat main bunga raya menggunung.
dulu masa aku kecik-kecik macam tulah gayanya.
tak payah nak malu, aku percaya kauorang pun macam tu juga dulu.
terkinja-kinja nak raya.kan?kan?
seronok gila!!


siapa sangka pagi-pagi raya aku dah dapat duit raya banyak!!!!
tu lah yang paling happening.
aku kaya!!
haha

pagi-pagi berbaju raya pink memohon maaf daripada kedua ibu bapa tercinta.
ni lah momen paling sebak time raya.
ibu agak sedih kerana tahun ini beraya tanpa ibu tercintanya.
"tak apa bu, kami ada untuk temani ibu".



(to all followers and my beloved friends: selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin. bersyukurlah dengan apa yang kita ada ketika ini kerana ada lagi yang lebih teruk dari kita. alhamdulillah)

Comments

Popular Posts