titipanku kini


aku..........
tak tahu nak post apa.
otak aku sarat dengan persediaan spm.
aku termenung je depan lapup.
aku rindu semua mereka yang sentiasa ada bersama aku.
merekalah yang menjadi semangatku sehingga kini.
persediaan ku akan bermula hari ini.
aku perlu kuatkan semangat.
aku perlu korbankan sesuatu untuk berjaya.
pertamanya aku nak korbankan tb.
semua cerita aku akan lupakan buat sementara waktu.
tapi, tengoklah nanti lepas aku exam, aku akan tengok tb sepuas-puasnya, biar sampai tb tu tengok aku.haha
aku akan bersama mereka yang aku sayang, sahabat-sahabatku meneruskan sisa-sisa peperiksaan.
walaupun aku lemah subject kimia, aku akan cuba yang terbaik.
yela, bak kata ibu, tak usaha, kau tak akan dapat.
baiklah bu, angah akan cuba sehabis baik.
tapi ibu doakanlah angah berjaya.
untuk pakcik, saya sayang awak sangat-sangat.
saya pun nak awak berjaya macam saya.
saya tak mahu bila saya berjaya, awak berada jauh ketinggalan di belakang.
tolonglah bantu dirimu juga.
saya akan bantu sedaya yang mampu.
semoga kita berjaya dan beroleh keputusan setimpal dengan usaha kita.
jangan lupa titipkan doa buat kejayaan kita di dunia dan di akhirat.
agar nanti kita tak alpa akan segala kejayaan yang digapai.
semoga Dia sentiasa bersama kita, membantu kita mengais ilmunya yang selautan pun tak mampu menandinginya.
buat shabat, semoga berjaya juga.




Comments

Popular Posts