bila kawan pergi dan kembali






hidup.....
macam-macam yang ada dalamnya.
ada yang manis dan ada yang pahit.
jangan terlalu sedih bila mengenangkan nasib buruk.
jadikanlah ia sebagai pengalaman yang memberi pelbagai pengajaran.

apa yang paling menyakitkan ialah di perlakukan macam telur goreng oleh kawan sendiri.
memang sedap bagi dia tapi bagi kita, ianya terlalu perit dan sakit.
ini pengalaman yang aku dapat daripada kisah yang berlaku kepada kawan aku.
tapi tak mengapalah sahabatku. biasalah tu, adat dalam perhubungan. sekejap pergi dan datang.
dari situlah kita dapat tahu keikhlasan mereka. kau masih ada ramai lagi yang mahu menjadi sahabatmu. aku tahu kau terlalu baik dengan dia dahulu. pesanku hanya satu, janganlah terlalu berharap kepada manusia, walaupun ibu bapa kita, walaupun mereka terlalu menyatakan betapa sayang mereka pada kita, kerana apabila mereka pergi, kita akan terlalu merana. mereka semua hanyalah pinjaman semata-mata. berharaplah hanya pada yang maha ESA kerana Dia sahaja yang kekal. kasih sayang Dia pada kita, umatnya tiada batasnya.
percayalah, setiap yang pergi, pasti ada penggantinya. perjalanan kau masih panjang dan jauh. jangan tangisi mereka yang tidak memerlukan kau. kau harus kuat selagi adanya mereka yang masih menyayangi kau. usah risaukan mereka yang meninggalkan kau dan hanya memerlukan kau apabila ada perlunya saja kerana kau ada lagi tugas yang sangat penting iaitu buat kesenagan kau untuk 30 tahun akan datang. buka lembaran baru bagi hidupmu
...aku sentiasa mendoakn yang terbaik untuk kau.








(sayang pakcik sanad!)

Comments

Popular Posts