reliti kehidupan



semalam aku belajar yang kita perlu berani menghadapi realiti
tidak perlu bimbang akan apa yang bakal terjadi kerana mahu tidak mahu kita perlu berhadapan dengannya
berapa besar pun dugaan tu
berapa teruk pun dugaan tu
dalam menghadapi realiti itu kita tidak perlu bermain dengan penipuan
kita perlukan kejujuran dan keberanian
realiti itu bukannya membunuh kita sehingga kita sanggup menggunakan orang lain untuk kepentingan diri kita
tetapi realiti itu yang mengajar kita erti kedewasaan dan kehidupan yang sebenar
jangan sesekali lari daripada realiti
jangan jugak sesekali mengambil jalan mudah untuk menghadapinya
akal yang menjadi ketua segala tindakan kita bukannya nafsu dan hati semata-mata
kita perlu seiring dengan realiti bukannya membiarkan ia sunyi tanpa kepercayaan kita terhadapnya
dugaan, asam garam kehidupan yang tidak akan pernah sudah
Tuhan beri kita dugaan untuk menguji sejauh mana kita cinta akanNYA
untuk menguji sekuat mana iman kita terhadapNYA
untuk menguji sejauh mana rindu kita untukNYA
yang pasti kita tidak boleh diri kita hanyut dengan dugaanNYA
kita perlu cuba hadapinya dengan apa jua cara yang mendapat keredhaanNYA

Comments

Popular Posts