kadang sudah boleh terlupa, kadang ingat juga


assalamualaikum
Hai kalian, sihat? harap-harap sihat lah yeee.
Sekarang nih pqa dah kat kampus, ya lah, semester baru mula isnin ni, insya Allah.
Kelas, pendaftaran semua dah selesai. Yang tinggal cuma, tanggujawabnya bagaimana dilaksanakannya :)
Insya Allah pqa akan usaha sedaya mampu.
Entah kenapa kali ni pqa rasa semangatnya lain.
Ya, mungkin azamnya sangat berbeza.
Dan juga tanpa insan bergelar kekasih hati.
Bukan nak kata pqa tak mampu tanpa kekasih hati.
Tapi, normallah manusia.
Kadang pqa terlupa apa yang terjadi, kadang teringat, sakit.

Tapi, buat pengajaran yang mematangkan hati pqa sendiri.

Perjalanan pqa dari johor, ayah dan family yang hantar lagi. Dah masuk semester 3. Bukan pqa tak berdikari, cuma ia janji antara pqa dan ayah tercinta.
Kadang-kadang bila pqa teringat penat dan tenaga yang ayah dan family dah gadaikan buat pqa sampai ke penang tak mampu pqa ulas sikit pun.
Tapi, ia mampu jadi salah satu sebab mengapa pqa perlu kuat dari segala segi, dan insya Allah jika Allah izinkan, pqa nak berjaya dunia dan akhirat. Amin.
Kata hati pqa sekarang, "Tak mengapa jika manusia tinggalkan kita, tapi jangan Allah dan berkat ibu bapa tinggalkan kita".
Sahabat, yang benar sahabat, pqa juga bergantung hidup pada mereka.



Hargai apa yang ada depan mata, jangan di tagih manusia yang tidak menyedari siapa kita walaupun hanya bayang kita.

Sekian, selamat malam.

Ibu ayah, kakak, abang, dan keluarga yang lain , terima kasih kerana doakan jalan ilmu angah. Tak terbalas rasanya. belum pun semalam angah kat penang, rindu dah :'
Minta maaf kalau ada yang termenyusahkan masa cuti 3 hari lepas, terima kasih juga :)
Words can't describe how i appreciate you guys so much and more.

Comments

Popular Posts