dakwah bukan pada nama, tapi pada niat


Assalamualaikum..
Waalaikumussalam..

Sihat? Alhamdulillah hendaknya. Jangan sakit-sakit, nanti tak makan, tak mandi, busuk gile nanti. Sebab biaselah orang sakit payah nak bangun kan? Tak ade berapa kuat kudrat tuh nak buat macam-macam. Bukan merungut, tapi ini kebiasannya kan?
Tak apa, sakit tuh penghapus dosa kecil.

Pqa pernah terbaca pasal satu hadis Rasulullah s.a.w, kata baginda, "sampaikan lah dari ku walau sepotong ayat".
Lihat lah betapa mudahnya jalan dakwah, jika kita tak mampu dengan berbuat sesuatu dakwah yang besar, cukup lah dengan sepotong ayat yang membawa kepada amalan baik, mendatangkan pahala.
Bagi pqa, dakwah ini tak bergantung pada nama sahaja, tapi ia perlu kukuh pada niat. Dakwah kita yang terutama adalah pada keluarga dan sahabat terdekat yang berada di sekeliling kita.
Kalau bukan kita nak ajak orang yang kita sayang, siapa lagi, kan?

Jangan mulakan dakwah kalian pada kelompok yang besar, tapi, biarlah mula dari bawah, itu lebih istiqamah nanti.
Jangan mulakan dakwah kalian pada perkara yang besar, tapi biar dari perkara yang kecil, itu lebih istiqamah nanti.

Jangan harap pada perubahan yang besar, tapi kekal doa agar ada perubahan sedikit demi sedikit.

Ok? pqa nak taip panjang-panjang, tapi, pqa tak mampu nak fikir elok-elok. Keadaan tak mengizinkan nampaknya.
May Allah bless us, amin :')

Comments

Popular Posts