usah kau kata hari-hari adalah hari ibu.


bila ada yang bertanya, bila hari ibu?
ada yang menjawab, 13 mei.
kemudian, ada lagi yang menambah, hari-hari adalah hari ibu.

berfikirlah realistik. jika hari-hari adalah hari ibu, yakin kah kau tidak pernah membuat ibu kau bersedih? yakin kah kau tidak pernah membalas "ah' sahaja kepada ibu kau bila disuruh kau enggan?

tidak, semua manusia akan melakukan kesilapan. itu adat.

berfikirlah realistik. jika hari-hari adalah hari ibu, pernah cukupkah segala balasan kau atas segala pengorbanan ibu kau walau hari-hari kau rasa kau lakukan?

tidak. Kasih ibu tiada tandingannya.

usah lah kau mengaku hari-hari adalah hari ibu. Cuma pada aku, semakin kita dewasa, bergeraklah dengan hebat mewarnai dunia tanpa melepaskan tanggungjawab kita kepada insan bernama ibu. dimana sayangnya
dimana kasihnya? dimana taatnya? dimana doanya? dimana makan pakainya?

jika perasannya kita terlalu banyak melakukan khilaf, kurangkan sedikit demi sedikit. usah dengan drastik berubah. bukan untuk sesiapa pun, untuk ibu kita sendiri. lama-kelamaan nanti kau akan menjadi anak yang soleh jika kau nekad berubah dangan istiqamah. Insya Allah.

tanggal 13 mei, adalah hari dimana kerajaan memberi pengiktirafan kepada ibu-ibu sedunia. jadi, tiada salahnya kita meraikan. lagi pun, ia tidak menganggu iman jika cara kita sekadar makan bersama, jalan-jalan bersama. malah, itu membahagiakan si ibu lagi.

aku mengaku, kadang aku berkasar dengan ibuku. kadang aku tidak mematuhi suruhannya. ada saja suruhannya yang aku lambatkan. sedangkan aku tahu ibu mahu segera.
'maafkan angah ibu. benar, maafkan angah'.
'sayang ibu. benar sayang. ibu, bertahanlah sedaya mampu. angah nak ibu ada di sisi angah walau sehebat mana pun dunia membangun'



Comments

Popular Posts