kenapa dengan aku
kenapalah aku jadi macam ni.
susah nak tafsir makna kepala dan dalam hati aku.
kenapa aku kesahkan orang lain berbanding yang lagi penting.
kenapa aku tak kisahkan Allah.
aku suka buat sesuatu untuk mendapat balasan. hipokrit dengan tuan aku sendiri.
tapi ia membantu aku melakukan kebaikan.
tapi kebaikan tak perlu nak dapatkan balasan kalau ikhlas.
pqa! stop pretending u are such kind person.
konon nak jaga hati orang. ada yang dah kau sakiti.
kisahkan apa yang patut kau buat untuk menangi pandangan Allah.
tak perlu banyak, sikit pun jadilah.
jangan sampai nanti, dia tak kisahkan kau langsung.
jangan kata beri hati, memberi rasa cinta pada Allah pun tidak akan aku dapat.
tu nanti balasan akan aku dapat!
padan muka!
ya Allah, sungguh aku tidak mahu.
cuma jadi diri kau saja wahai pqa.

Comments