cerita 3:

pagi berikutya aku datang awal ke pejabat untuk menghantar segala kerjaku dua hari yang lalu.
aku sudah buat sehabis baik supaya nanti aku tidak di marah lagi. apabila aku sampai di pejabat, aku melihat kelibat kak nani masuk ke bilik air. dia memang selalu datang awal untuk mengemas meja bos. bagaimana lah kak nani boleh tahan dengan kerenah bos selama ini. fikiran ku semakin kusut memikirkan perangai bos yang tak baran tak memasal. nasib badan lah aku dapat kerja di syarikat ini.

setelah mengemas mejaku yang penuh dengan sticky note, aku masuk ke bilik bos untuk meletakkan penyata kewangan syarikat. fikir aku nanti apabila bos sampai, dia berasa puas hati dengan kerja aku tanpa perlu menunggu aku yang menghantarkannya apabila di minta.

'macam bilik perempuan. sangat kemas dan teratur'. aku tersenyum sendirian kemudian melangkah keluar dari bilik tersebut.

jam sudah menunjukkan pukul 9.00 pagi, kelihatan aziz yang biasa datang lambat sudah datang ke pejabat. aku hanya memerkatikan tingkah lakunya yang tergopoh-gapah menuju ke meja.
lamunanku terhenti apabila terdengar bos memarahi kak nani. aku amat-amati suara itu untuk mendengar kerana pa pula kali ini dia mengamuk.

"kenapa awak letak dokumen ni atas meja saya? kan awak tahu saya tak suka apa-apa dokumen saya di atas meja! awak yang perlu send it hand by hand dengan saya! setiap dokumen perlu saya cek, kalau letak terus ats meja and then saya tak perasan macam mana? sampai bila pun kerja ni saya tak tahu. apa guna ada asistant tapi tak guna! get out!".

aku tercengang dengan apa yang di katakan oleh bos. 'salah besar sangatkah kak nani buat?'.
aku menghampiri kak nani untuk menenangkannya. tetapi mukanya seperti tidak berlaku apa-apa.
"tak apa muna. akak dah biasa dengan semua ni. nak tak nak kenalah ngadap tiap-tiap hari. entah siapa letak fail hijau tu atas meja dia. akak pelik betul sebab masa akak masuk pagi tadi memang meja bos bersih", ujar kak nani kemudian meneguk air milonya di atas meja.
"sabar je.................
belum sempat aku menghabiskan kata-kata, tiba-tiba aku baru teringat bahawa fail hijau itu aku yang hantar pagi tadi. aku menepuk dahi berulang kali.
"masaklah aku". tiba-tiba ayat itu terkeluar dari mulutku.
"kenapa muna?", tanya kak nani pelik.
"fail tu muna yang letak pagi tadi masa akak pergi tandas. adush kak, macam mana ni. mati muna kak", beritahu ku sambil memegang tangan kak nani.
"lah, muna rupanya. akak ingat siapa tadi. semua dalam pejabat ni tahu perangai bos memang macam tu. dia sangat cerewet pasal kebersihan dan kekemasan pejabat ni. orang lain pun tidak di benarkan masuk ke pejabatnya melainkan cik anasuha dengan akak je. dia susah nak percayakan orang lain dengan mudah. tak apa-apa lah muna, nanti akak cakapkan dekat bos ye yang muna memang tak tahu pasal ni. pergilah buat kerja sana. akak nak masuk ni, bos dah panggil lagi", ujar kak nani kemudian berlalu.


'susahnya kerja kat sini. macam-macam lah masalah.bos tulah, bos nilah'. hati aku bermain sendiri. makanan tengah hariku tidak berusik. semua kerja aku jadi tak menentu. seleraku turut hilang begitu sahaja.

"muna, boleh saya duduk?", sapa cik anasuha sambil tersenyum.
aku yang terkejut dengan kedatangannya hanya mengangguk sambil tersenyum.
"kenapa tak makan lagi?", tanya cik anasuha apabila melihat makananku masih tidak luak.
"belum nak makan lagi. cik anasuha adda apa-apa ke yang boleh muna bantu?", tanyaku.
"tak ada apa-apalah. saya saja turun lunch hari ni sebab nak join muna. tadi kak nani ada cerita pasal abang marah muna sebab fail atas meja. muna janganlah ambil hati ye", ujar cik anasuha lembut.
"oh pasal itu. memang salah saya. patutnya saya tanya dulu kat kak nani", balasku acuh tak acuh. aku sebenarnya agak terkilan dengan bos. tidak pernah seumur hidup aku orang cakap aku 'tak duna', kecuali dia. mungkin kak nani dah biasa, tapi aku tak mungkin terbias dengan semua itu.
"saya minta maaf dari pihak abang ye".
aku hanya mengangguk sahaja sambil tersenyum. sekurang-kurangnya hati aku terubat juga dengan kebaikan cik anasuha. kami berborak lama. seronok rasanya berbual dengannya, rasa seperti sudah lama kenal. kami mempunyai minat yang sama, iaitu bermain bowling dan memanah. nampak sahaja perwatakan cik anasuha lembut, tetapi dia punya jati diri yang kuat untuk melindungi dirinya. kami berkawan dan bekerja bersama-sama. banyak urusan kerja yang aku rujukkan kepadanya berbanding kepada abangnya. mereka punya perwatakan yang sangat berbeza.

..................................................................................................................................................


'banyak pula kereta malam ni. mana nak cari parking ni'. aku mengeluh sendiri. cik anasuha yang kini aku panggil ana sudah menjadi sahabat karibku. aku sudah terlewat 10 minit ke bowling club. tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. tertera nama anasuha di skrin. ketika aku sedang bercakap dengan ana di telefon, aku terlanggar kereta orang. aku terus mematiakn telefon dan keluar daripada kereta untuk melihat keadaan orang tersebut. dengan nada yang masih terkejut, aku memohon maaf kepada seorang lelaki yang sedang meneliti remuk di keratanya sambil membebel.
aku sangat terkejut apabila lelaki itu memalingkan mukanya. dia adalah bos aku. hati aku sudah mula cuak kerana takut di maki hamun lagi seperti selalunya.

Comments

Popular Posts