cerita 2:

petang tadi aku menemani emak ke pasar malam. pandanganku jatuh pada susuk tubuh seperti dalam mimpiku. aku bertanya sendiri benarkah mimpiku itu. dalam aku bertanya, susuk tubuh itu menghilang. aku cuba mencari, tapi emak sudah menarik tanganku.


'siapa dia?. perlu ke aku cari. tapi untuk apa? siapa tahu dia sudah berpunya'. hati aku bermain sendiri.

"muna, masih belum tidur sayang?", emak bertanya apabila masuk ke kamarku.
"belum lagi mak".
"esok kan muna start kerja. baik tidur cepat. nanti esok bangun lambat, tak pasal-pasal kena bebel dengan bos".
"mak, muna nak tanya boleh?". aku memulakan bicara untuk merungkai segala pertanyaanku selama ini.
mak diam sambil memandangku, itu tandanya dia membenarkan aku bertanya.
"mak, betul ke ada orang jumpa jodoh dia dalam mimpi?". aku beranikan diri bertanya emak.
tepat sangkaan ku, emak memandang dengan penuh pelik.
"kenapa muna tanya?".
"saja. kawan muna tanya pendapat muna", aku berbohong sunat.
"dalam dunia ni semua orang ada jodoh dia. kita cuma perlu cari je. kalau mimpi-mimpi ni, mungkin ada yang pernah berlaku.tapi dalam sejuta, hanya seorang je sayang", mak bercakap sambil memegang tanganku.
aku ahnya mengangguk apabila emak memberikan pandanggannya.
"sudah lah muna, tidurlah", ucap emak, kemudian mencium pipiku dan berlalu keluar.
'satu dalam sejuta? aku ke?'

..........................................................................................................................................................................


kata kak nani CEO tak masuk pejabat hari ini, jadi nya aku akan diperkenalkan kepada penolong pengarah. kata kak nani lagi aku beruntung kerana tak jumpa dengan CEO syarikat. semua proses berjalan lancar. penolong pengarahku seorang perempuan, dan dia sangat lemah-lembut. tampak sepertinya berusia 26 tahun. bila aku bertanya kepada kak nani, umur cik anasuha ialah 27 tahun.


jawatanku ialah seorang akauntan di syarikat ini. entah kenapa aku pilih kerjaya ini , sedangkan ianya sukar bagiku.


belum sempat aku melabuhkan punggung di kerusiku, sebuah fail besar di lemparkan di atas mejaku.
"semua kerja buat tak semenggah. macam aku bayar gaji untuk tidur. saya nak awak buat balik segala dokumen ni. jangan ada satu pun yang salah. faham!", sergah seorang lelaki yang baru sahaja datang ke pejabat. apabila aku tidak memberikan sebarang reaksi, dia terus berlalu. aku yang masih terkejut di hampiri kak nani.

"muna, awak jangan ambil hati sangat dengan bos kita tu. dia memang macam tu. sejak putus tunang, angin dia hari-hari memang teruk. semua orang buat kerja salah. nasib baiklah ada adik dia tu, cik anasuha", ujar kak nani sambil menepuk bahuku tanda disuruh sabar.
"tapi akak, saya tak tahu apa-apa pun pasal dokumen ni. saya tak ada buat salah apa-apa. kan saya baru je nak mula kerja", ujarku seraya terduduk.
"ini kerja sarah dulu. dia baru je berhenti kerja sebab bos lah. asyik nak marah-marah. lama-lama tak tahan si sarah tu. habis semua tunggang langgang. muna, kuatkan hati. sabar je la", ucap kak nani lagi kemudian berlalu.

aku meneliti semua dokumen tersebut dan meneruskan kerjaku.


Comments

Popular Posts