Sekadar ingatan................

Duhai puteriku................
Sesekali renungkan
Tolehlah ke belakang, lihat apa yang telah kau gengam...
Masih jauh lagi untuk mengapai impian.

Anakku....
Dalam mengorak langkah menuju impian
Pasti banyak rintangan yang mendatang...
Kadangkala gelora melanda..datang tanpa dipinta....perginya entah bila...
Sesekali jiwa merasa lara dengan dugaan yang bertimpa-timpa..

Adat anakku.....dalam menuju bahagia getirnya perlu dilalui
Ketabahan adalah segala-gala..
Bukan senang untuk bahagia dan sekaligus berjaya
Ingatlah, panjatkan doa dan kesyukuran kepadaNYA YANG MAHA ESA
Kerana masih diberi peluang menginjak di alam maya ini..

Usahalah anaku tanpa putus asa.....
Kuatkan tekadmu...
Gandakan usahamu...
Kerajinan itu perlu....

Dari hati luhur ibumu ini..
Sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaanmu
Sentiasa dalam keberkatan dan keredhaan ILLAHI
Semoga GEMILANG dalam SPM 2010
AMIN.

( ibunda saya)

Comments

Popular Posts